Sunday 7 July 2013

Alfalfa kurangkan asid urik untuk pesakit Gout


------------------------------------------------------------
Pernah dengar penyakit Gout?

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.



Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.

Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.

Apakah punca gout?

1. Cara pemakanan – mereka yang banyak minum minuman manis, daging merah dan makanan laut. Begitu juga mereka yang banyak makan kekacang

2. Genetik – Gangguan genetik yang menyebabkan lebihan asid urik dalam badan dan kesukaran membuang asid urik. Mereka yang mengalami gout kemungkinan mempunyai anak yang mempunyai masalah gout juga.

3. Masalah kesihatan - Gout kerap berlaku dalam kombinasi dengan masalah perubatan lain. Antaranya sindrom metabolik, gabungan obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan tahap lipid yang tidak normal

4. Ubat-ubatan – pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan seperti aspirin, nicotinic asid, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout

Alfalfa dan Gout

----------------------------------------------------

Alfalfa dikatakan mengandungi tahap purines yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan
Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan tinggi paras asid urik dalam darah anda, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Jadi ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout

PERHATIAN : Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Ibu hamil juga tidak digalakkan ambil produk ini.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment