Wednesday 4 September 2013

BEZA ASID FOLIK & B COMPLEX SHAKLEE

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

        Keluarga yang pernah mengalami NTD
        Pernah hamil anak yang mengalami NTD
        Mengambil ubat sawan
        Kencing manis

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan sarafdan kulit yang sihat.
Setiap kumpulan  B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia.

1) Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu member tenaga dan mengurangkan keletihan.
2)   vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino.
3) vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel.

Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :

1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
8)      B12 - Cyanocobalamin

Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin & B3 - Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee untuk kesihatan bersumber SEMULAJADI,

✉ Pm Terus ke https://www.facebook.com/anjelinaann
☎ SMS/CALL ke 01115885835

No comments:

Post a Comment