Tuesday 21 May 2013

Bayi Menangis Waktu Malam

kenapa bayi menangis waktu malam...jom kita bace same2 yer...

banyak alasan mengapa bayi menangis...pakar psikologi kanak-kanak memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan ibubapanya...ayat yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik perhatian ibubapa...

1. bayi lapar...
bayi yang berumur kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan...ini disebabkan perut mereka yang kecil...mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap...mereka harus disusukan setiap 4-6 jam...

2. mahu dimanja...
ibubapa haruslah mendodoi mereka dan jangan biarkan mereka baring dan disusukan begitu... walaupun disusukan dengan susu formula menggunakan botol, namun dakapan ketika menyusukan bayi amat bernilai dari segi psikologi dan pembentukan mental mereka...

3. masih bertenaga...
pastikan bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang...ada bayi yang di waktu siang akan rehat dan tidur, sementara di waktu malamnya pula masih bertenaga...mereka masih mahu bermain sedang ibubapa pula sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja...

4. kepenatan...
ramai yang tidak percaya jika diberitahu bahawa bayi mereka menangis kerana mereka kepenatan...lebih mudah untuk memberitahu bahawa bayi mereka diganggu makhluk halus...ibubapa sering menganggap bayi mereka ibarat patung babydoll yang tidak boleh berasa penat...

5. suhu bilik.
seharusnya ibubapa haruslah perhatikan persekitaran bayi...suhu bilik di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian...jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu 
panas, tentu ianya tidak selesa pada bayi...bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidak selesaan...pasangkanlah kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana...tujuannya agar udara di bilik itu bergerak dan perudaraannya baik...tidak perlu meletakkan bayi di sebelah kipas kerana apabila bayi terkena udara secara langsung, bayi itu mungkin lebih tidak selesa...

6. masalah lampin...
perhatikan juga lampin bayi yang mungkin basah dan kotor...jika lampin tidak ditukarkan, ia kan memberikan kesan kegatalan pada kulit dan menyebabkan bayi akan tidak selesa...mereka menjerit minta ditukarkan lampin yang basah dan kotor...

7. mood ibubapa...
mood ibubapa juga mempengaruhi mood bayi mereka...ahli psychology kanak-kanak berpendapat bahawa ibu yang marah, kecewa, sugul, penat dan murung selalunya bayi akan menangis sekuat hati. Selain itu bayi juga akan menangis lebih lama. Begitu juga ibu mereka mempunyai masalah dengan suami atau terasa diabaikan.

tu lah antara sebab2 kenapa baby menangis malam2... ibubapa kat luar sane pun leh gunakan panduan ni kalau2 anak2 mommiesasyik menangis malam2...sekian

No comments:

Post a Comment