Salam sejahtera semua..
Sya ingin berkongsi serba sedikit tentang salah satu produk terbaik Shaklee dengan kawan-kawan semua,iaitu ALFALFA.....
Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara
kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.
Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:
Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon,
sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku
lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk,
nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.
Alfalfa adalah
semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan
serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing
manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.
Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan,
terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel;
menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan
matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan
kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan;
membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding
pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan
lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan
loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan
oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan
sihat.
MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium –
membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku,
membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung,
melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi.
Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan
peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan
asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi
perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani
sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang
fungsi otak.
Keistimewaan
Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:
Kaya
dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan
13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein
menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.
AWAS!!!!
Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket
adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan
kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat
dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA –
ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan
bahan kimia.
No comments:
Post a Comment