Posisi Tidur Selesa Ketika Hamil
Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seseorang wanita
sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu banyak keluhan tentang
sukar tidur didengari daripada
wanita hamil. Berikut adalah sedikit
panduan buat anda mencari posisi tidur yang selesa.
Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasanya perut tidak terlalu besar. Maka tidak
menjadi masalah untuk anda tidur dalam apa-apa posisi pun. Ketika usia
kandungan di bawah 20 minggu, anda boleh bebas tidur terlentang kerana
berat janin tidak menekan pembuluh darah utama yang mengalir dari
bahagian bawah tubuh
kembali ke jantung.
Trimester 2 dan 3
Ketika ini perut anda sudah membesar. Ketika inilah anda serba salah
memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan
kerana ini akan menyebabkan tekanan pada pembuluh darah yang
utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.
Tidur terlentang juga menyebabkan anda
terasa sakit di punggung. Posisi
tidur yang terbaik adalah sama ada tidur mengiring ke kiri atau ke
kanan. Akan tetapi yang lebih baik adalah bila anda mengiring sebelah
kiri.
No comments:
Post a Comment