Bayi Menangis Waktu Malam
kenapa bayi menangis waktu malam...jom kita bace same2 yer...
banyak alasan mengapa bayi menangis...pakar psikologi kanak-kanak
memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan
ibubapanya...ayat yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik
perhatian ibubapa...
1. bayi lapar...
bayi yang berumur
kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka
lapar dan perlu disusukan...ini disebabkan perut mereka yang
kecil...mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap...mereka harus
disusukan setiap 4-6 jam...
2. mahu dimanja...
ibubapa haruslah
mendodoi mereka dan jangan biarkan mereka baring dan disusukan
begitu... walaupun disusukan dengan susu formula menggunakan botol,
namun dakapan ketika menyusukan bayi amat bernilai dari segi psikologi
dan pembentukan mental mereka...
3. masih bertenaga...
pastikan
bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang...ada bayi yang di waktu
siang akan rehat dan tidur, sementara di waktu malamnya pula masih
bertenaga...mereka masih mahu bermain sedang ibubapa pula sudah
kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja...
4. kepenatan...
ramai yang tidak percaya jika diberitahu bahawa bayi mereka menangis
kerana mereka kepenatan...lebih mudah untuk memberitahu bahawa bayi
mereka diganggu makhluk halus...ibubapa sering menganggap bayi mereka
ibarat patung babydoll yang tidak boleh berasa penat...
5. suhu bilik.
seharusnya ibubapa haruslah perhatikan persekitaran bayi...suhu bilik
di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian...jika suhu
bilik terlalu sejuk atau terlalu
panas, tentu ianya tidak selesa pada
bayi...bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidak
selesaan...pasangkanlah kipas yang berpusing dengan kelajuan
sederhana...tujuannya agar udara di bilik itu bergerak dan perudaraannya
baik...tidak perlu meletakkan bayi di sebelah kipas kerana apabila bayi
terkena udara secara langsung, bayi itu mungkin lebih tidak selesa...
6. masalah lampin...
perhatikan juga lampin bayi yang mungkin basah dan kotor...jika lampin
tidak ditukarkan, ia kan memberikan kesan kegatalan pada kulit dan
menyebabkan bayi akan tidak selesa...mereka menjerit minta ditukarkan
lampin yang basah dan kotor...
7. mood ibubapa...
mood
ibubapa juga mempengaruhi mood bayi mereka...ahli psychology kanak-kanak
berpendapat bahawa ibu yang marah, kecewa, sugul, penat dan murung
selalunya bayi akan menangis sekuat hati. Selain itu bayi juga akan
menangis lebih lama. Begitu juga ibu mereka mempunyai masalah dengan
suami atau terasa diabaikan.
tu lah antara sebab2 kenapa baby
menangis malam2... ibubapa kat luar sane pun leh gunakan panduan ni
kalau2 anak2 mommiesasyik menangis malam2...sekian
No comments:
Post a Comment