Setiap pasangan berumah tangga pasti
mengimpikan kehadiran cahaya mata.Namun tidak semua bernasib baik
dianugerahkan zuriat dalam tempoh terdekat.Ada di antaranya
bertahun-tahun hidup bersama tetapi hasilnya tetap kecewa.
Mungkin ada yang terlepas
pandang,antaranya perihal sperma yang dihasilkan suami.Sejauh manakah
ia berkualiti?Ramai suami tidak memikirkan perkara ini sebaliknya hanya
sekadar mahu ejakulasi.Keadaan ini membuatkan isteri yang menginginkan
cahaya mata kecewa.
Jadi jika anda ingin menjadi bapa dalam
masa terdekat maka ikuti tip yang diberikan bagi meningkatkan jumlah dan
kualiti sperma.
Belajar untuk berhenti merokok
Lelaki dan
rokok sangat sinonim biarpun kebelakangan ini wanita juga menjadi
pengguna.Sekiranya anda prihatin pada pasangan dan inginkan kualiti
kesihatan yang baik maka berhentilah merokok.
Disamping menyebabkan
nafas berbau,perokok juga mampu mempengaruhi kekurangan
sperma.Berdasarkan kajian yang dijalankan menemui perokok memiliki
jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok.
Jadi tunggu apa lagi.Cubalah berhenti dari sekarang sekiranya anda
benar-benar prihatin tentang zuriat dan kesihatan diri serta pasangan
yang dicintai.
Elak pakai seluar ketat
Mungkin ada yang
tersenyum bila membaca fakta ini.Hakikatnya ia benar dan bukannya
sesuatu yang lucu.Sebolehnya elakkan dari memakai seluar yang ketat dan
kurang pengaliran udara.Ini kerana testis perlu memiliki suhu yang lebih
sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain.
Oleh kerana itulah
maka seluar yang dipakai terlalu ketat secara tidak langsung mengganggu
keselesaan testis untuk bernafas.Sekali gus ia menjadi faktor pendorong
untuk mengurangkan jumlah sperma soran lelaki.
Pilih makanan yang baik dan seimbang
Makanan yang baik menjamin tubuh yang sihat.Begitu juga dengan pola
makanan yang perlu diambil bagi meningkatkan produksi sperma.Semuanya
harus rendah lemak,tinggi kandungan protein dan banyakkan
sayur-sayuran.Biar semuanya seimbang dan menyihatkan.
Rancang waktu untuk seks
Masalah sperma cair mungkin berlaku disebabkan kekerapan ejakulasi.Ini
kerana sperma akan berkurangan apabila hubungan intim dilakukan dalam
tempoh waktu yang agak dekat.
Mungkin setiap hari atau selang dua
hari,siapa tahu.Oleh itu,rancanglah masa yang sesuai untuk bersama
dengan pasangan.Tidak semestinya kalau sehari tidak berhubungan akan
menjejaskan kualiti perkahwinan.
Katakan tidak pada alkohol
Selain merokok,satu tabiat lagi yang perlu dihentikan ialah pengambilan
alkohol.Ini kerana ia mampu menjejaskan fungsi hati sekaligus ,
menyebabkan peningkatan estrogen dalam badan.
Kesan estrogen yang
tinggi secara tidak langsung mempengaruhi produksi sperma.Dengan
mudah,jumlah sperma akan berkurangan sekiranya anda masih tegar
mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak dan kerap.
Selain itu elakkan dari mengambil dua makanan berikut:
1.Daging berlemak
Daging memang baik untuk membekalkan tenaga tetapi jika berlebihan,ia
mengundang masalah kesihatan pada anda.Memakan daging dengan kuantiti
yang banyak menyebabkan pengambilnya malas bergerak,agresif dan fikiran
tidak tenang.
Oleh itu kurangkan kuantiti pengambilan daging dalam
diet makanan harian kerana ia boleh membuatkan anda tidak bersemangat
untuk melakukan seks bersama isteri tercinta.
2.Makanan segera
Umum mengetahui,makanan segera mengandungi bahan kimia yang mampu
merosakkan tahap kesihatan seseorang.Malah pengambilan terlalu kerap
juga dikatakan boleh melemahkan sperma sekali gus mengakibatkan
kemandulan.
=========================================
Jom kita dapatkan sesuatu yg berharga untuk ibu, mak, mummy, mama, umi , bonda . biarpun murah nilainya tinggi
No comments:
Post a Comment