[info]
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah : Petua Menawan Hati Pasangan
1. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.
perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
2. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang
ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.
3. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
4. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan
ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
5. Orang
mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang
saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
6.
Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda
sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian
adalah tarikan.
7. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.
8. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan
hobi.
9. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi
antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang
mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai
anak.
10. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan
terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas,
serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
11. Tawan hati bakal
pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau
peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan
sebagainya.
12. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan,
kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
13.
Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.
14. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat.
Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya
bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
15. Bakal
pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan
imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
16. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri
daripada kita.
17. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada
kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.
18. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari
bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan
akan tertawan kepada anda.
19. Kenalpasti keistimewaan bakal
pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini
dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
20.
Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang
original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
No comments:
Post a Comment