Monday, 26 August 2013

Tip Pilih Pendukung Bayi




Pendukung bayi (baby carrier) bagaikan satu keperluan utama untuk ibubapa pada masa kini. Namun ada yang buntu bagaimana hendak memilih pendukung bayi yang sesuai bukan sahaja untuk anda malah untuk keselesaan si kecil juga. Tip mudah untuk diikuti sebelum membeli pendukung bayi agar anda dan si kecil selesa bergaya ke mana-mana sahaja.

Ikatan pada bahu

Periksa tali pada bahu untuk memastikan bayi dalam keadaan selamat semasa menggunakan produk ini. Ikatan yang kukuh bagi mengelakkan anak daripada jatuh atau bergerak keluar daripada dukungan. Selain itu, tali yang kuat juga mampu menyokong berat bayi dengan sempurna.

Kualiti

Bagi memastikan si kecil sentiasa berada dalam keadaan selamat apabila menggunakan pendukung bayi, penting untuk anda pastikan ia tahan lasak dan kukuh. Anda perlu tahu apa jenis fabrik yang digunakan supaya bayi selesa sepanjang berada di dalamnya. Paling utama lapisan tempat duduk dan bahagian hadapan perlu mempunyai fabrik yang terbaik untuk bayi.

Keselesaan

Sebelum membuat pilihan terakhir dan membayar pendukung bayi, sebaiknya anda cuba dan memakai peralatan yang akan dibeli itu. Pastikan anda selesa apabila memakainya. Pastikan juga anda tidak mengambil masa yang lama untuk memakai dan meletakkan bayi dalam peralatan ini. Walau bagaimanapun ada juga pendukung yang mempunyai banyak pengikat pada bahu dan badan untuk menyokong berat si kecil. Pilihan terletak di tangan anda selagi selesa dan memudahkan anda dan bayi.

Pelbagai guna

Menggunakan peralatan ini memudahkan anda bergerak ke sana sini. Walaupun berada dalam kesesakan orang ramai. Selain menjadi alat untuk mendukung bayi, pastikan keperluan seperti mempunyai ruang menyimpan (poket) dan zip untuk mengisi barang kecil bayi anda.

No comments:

Post a Comment