Adakah anda sering sakit kepala? Migraine?
Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
- Sakit kepala kerana tekanan
- Sakit kepala kerana sinus
- Sakit kepala kerana migraine
Sakit
kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi
oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran
yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala.
Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga
boleh menyebabkan sakit kepala.
Sakit
kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh
seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap
tapi menyengat.
Manakala
jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat
ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun
saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
- Kekurangan zat dan nutrisi
- Faktor keturunan
- Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
- Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
- Terlalu banyak mengambil kafein
- Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya
penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan
sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang
teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan
sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Kebanyakkan
penderita sakit kepala/migraine ini akan mengambil jalan mudah dengan
menelan panadol/painkiller. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan
risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Oleh
yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural
adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Supplement/vitamin untuk migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium
membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia,
membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu
dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam
mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga
mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium
pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan
pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab
migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia
membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan
frekuensinya.
Vitamin
D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D
tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam
ginjal atau pundi kencing.
B Complex
Vitamin
B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh
membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam
B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko
diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti
depresi, strok dan sebagainya.
Bagi
penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang
boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari
pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2
lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil
vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda,
kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara
berterusan.
SHAKLEE
adalah 100% dari bahan semulajadi, merupakan ekstrak daripada makanan2
yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang
diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
Untuk konsultasi PERCUMA sila hubungi 0196234327dan dapatkan diskaun hebat setiap produk yang anda beli dari saya.
Jangan lupa add saya di Facebook : Anjelina Ann
No comments:
Post a Comment